Asal Usul Tambunan
Asal Usul Tambunan-Mitos/cerita orang-orang tua
Pada zaman dahulu kawasan Tambunan hanya di penuhi oleh
hutan hujan tropika .Hutan di situ penuh dengan pelbagai jenis haiwan ,
daripada lintah yang menghisap darah hinggahlah kerbau liar Borneo.Tidak ada
manusia yang tinggal disitu pada mulanya.Namun demikian beberapa lama kemudian
peneroka mula berhijrah ke selatan dari Nunukragang dan beberapa orang daripada
mereka menetap di Tambunan. Kumpulan orang pertama yang sampai ketika itu
dipimpin oleh Gombunan .Beliau seorang pahlawan dari kalangan
puak Nunukragang,di samping itu juga seorang pemimpin yang
berkebolehan dan baik hati.Beliau mula meneroka dataran Tambunan yang subur
disamping pengikutnya. termasuk isteri dan anak mereka.Menanam tanaman seperti
padi huma ,jagung, ubi kayu ,labu dan keladi merupakan aktiviti utama kaum
wanita .Kaum lelaki pula banyak menghabiskan masa dengan berburu binatang liar
daripada binatang kecil hingga yang besar seperti, tupai burung-burung babi
hutan dan rusa. Buah buahan hutan dan beri yang boleh dimakan untuk setiap
orang pada ketika itu.Dan setiap orang akan gembira dan berpuas hati.Apabila
bilangan penduduk bertambah ,lebih banyak kawasan telah di bersihkan untuk
menanam.Penduduk kampung itu yang mengelarkan diri mereka orang dataran (oleh
kerana mereka tinggal di dataran Tambunan)menjadi bertambah maju dan aman damai
dan berharmoni di bawah kepimpinan Gombunan.
Tetapi pada satu hari ,sekumpulan pahlawan yang ganas dari
puak Tonsundung yang datang dari kawasan berbukit bukau datang
di sebelah timur menyerang orang dataran .Mereka memusnahkan tanam tanaman dan
harta benda lain dan juga membunuh sebahagian daripada orang kampung
itu.Gombunan dan pahlawannya bertindak cepat dan berjaya dan berjaya menghalau
mereka.Dan penyerang penyerang tersebut telah mengalami kecedreraan yang teruk.
Puak Tonsundung yang marah atas kekalahan mereka itu
bercadang hendak membalas dan membunuh Gombunan.Kejadian itu berlaku pada satu
hari lebih kurang 30 orang pahlawan Tonsundung menangkap Gombunan yang ketika
itu bersendirian di ladangnya dan membunuhnya . Mereka mencincang badanya dan
membawa balik kepalanya sebagai tanda kemenangan.Kepala Gombunan digantung pada
tiang yang tinggi untuk membolehkan orang Tonsundung membaca mentera dan memperolokan
kematian ketua orang dataran.
Orang Dataran amat berdukacita apabila mengatahui kematian
ketua mereka .Mereka berkabung beberapa hari sebagai tanda menghormati nya dan
bersumpah akan membalas atas kematiannya .Sebagai mengenang akan jasanya mereka
telah menamakan penempatan mereka itu GOMBUNAN .
Dalam pada masa itu satu lagi puak dari kawasan berbukit
bukau di sebelah barat datang berhijrah di dataran .Mereka adalah puak Tamadon.Orang
Tamadon merupakan orang yang ramah dan baik hati terhadap puak Gombunan.Mereka
bersedia menghulurkan bantuan bagi memerangi puak Tonsudung kerana lambat laun
puak Tonsundung akan menyerang puak Tamadon.Oleh itu sebagai langkah mengelakan
sebarang serangan yang menejutkan daripada puak Tonsundung ,puak Tamadon pun
bergabung dengan puak Gombunan.Pada masa yang sama juga merancang hendak
membunuh semua puak Gombunan.Mereka sebenarnya tidak sedar akan adanya gabungan
dan pakatan daripada puak Gombunan dan puak Tamandon.
Sampai sahaja masanya puak Tonsundung pun melaksanakan niat
jahat mereka ,maka terperanjatlah mereka bahawa bilangan pihak lawan mereka
bertambah ramai .Walaupun begitu pertempuran darah yang dashyat berlaku juga
.Lebih setengah bilangan puak Tonsundung telah terbunuh .Pahalawan yang
terselamat pula telah melarikan diri ke hutan di sebelah timur untuk beberapa
lama tidak kelihatan.Dibanding dengan mereka jumlah yang mengalami kecederaan
hanya sedikit.
Puak Gombunan dan puak Tamadon merayakan kemenangan mereka
dengan mengadak n pesta besar besaran ,makanan dan minuman tapai di hidangkan
dengan banyaknya .Kemuncak upacara itu ialah menamakan semulah penempatan dari
Gombunan ke Tambunan.selepas mendapat persetujuan orang orang tua kedua pihak .TAM diambil
dari Tamadon dan BUNAN diambil dari Gombunan dengan itu
lahirlah TAMBUNAN hingga sekarang
**Sumber
:- Pejabat Daerah Tambunan, Sabah
No comments:
New comments are not allowed.