Wednesday, 23 December 2015

Tugu Mat Salleh

Dari segi sejarah mungkin ada percangahan pendapat terhadap Datu Mat Salleh atau Mat Salleh. Ada yang mengatakan Mat salleh adalah pejuang sabah bukan pejuang Daerah Tambunan dan sebaliknya.
Namun bukanlah kisah perjuangan beliau yang ingin saya paparkan disini tetapi lebih pada tarikan pelancongan di Daerah Tambunan

Sedikit sejarah Mat Salleh (sebagai pengetahuan saja)
Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di Sabah. Beliau pernah mengisytiharkan daerahTambunan sebagai daerah di bawah kekuasaannya.
Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku Βajau dan Ѕuluk. Ibunya daripada suku Bajau dan ayah, Datu Bulu merupakan pemimpin tempatan berbangsa Suluk. Abangnya bernama Ali, sedangkan adik-adiknya bernama Badin dan Bolong. Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang Bandang berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan.






Map Tugu Mat Salleh: klik sini

No comments:

Post a Comment