Air Terjun Mahua ini merupakan tarikan pelancongan sama ada
dari luar atau dalam Daerah ini.Air Terjun Mahua ini terletak di Kampung Patau
Tambunan antara Tambunan dan Ranau.
Air Terjun ini sanggat unik dengan bentuk alam yang semula
jadi dengan air yang jernih, bersih, dan sejuk disebabkan hutan disekeliling
air terjun belum diteroka dan sanggat sesuai dengan aktiviti mandi manda
bersama keluarga atau kawan-kawan.
Suara unggas dan cengekirik amat mendamaikan dan pengunjung
pasti dapat melupakan sejenak kesibukan tugas dan meredakan tekanan apabila
melancong ke destinasi itu kerana ia adalah lokasi yang masih mengekalkan
keaslian alam flora dan faunanya.
Air terjun Mahua ini berketinggian 17 meter dan
kedalaman 1.2 meter selain sungai terbentang luas yang dingin dan disebabkan
itu lah sesuai dengan aktiviti mandi manda
Arah
Perjalanan & Masa Perjalanan
Perjalanan
dari Kota Kinabalu ke SubStesen Mahua Tambunan mengambil masa lebih kurang 2
jam setengah. Dari Tambunan ke SubStesen Mahua mengambil masa sekitar 1jam
setengah. Manakala keningau ke SubStesen Mahua lebih kurang 2 jam.
Kemudahan
-Penginapan turut disediakan di kawasan substesen Mahua, Tambunan dengan
kadar RM70/room dengan twin bed.
- kemudahan seperti: restoran, surau, tandas awam, asrama penginapan
dengan kadar rm400 tiap satu, tempat seminar dan gazebo untuk BBQ dengan sewa
rm30.
Aktiviti sesuai
-Sangat sesuai untuk aktiviti perkemahan, seminar, kursus, dan aktiviti
riadah. Juga sesuai untuk acara private seperti majlis pertunangan, sambutan
hari jadi, wedding photoshoot atau honeymoon
Keperluan
Sebelum Berkunjung
-Dinasihatkan untuk membawa/memakai pakaian yang tebal kerana faktor
cuaca yang sangat sejuk, terutamanya pada waktu subuh atau hujan.
No comments:
Post a Comment