Tuesday 22 December 2015

Gunung Trusmadi

Pengenalan Gunung Trusmadi
Gunung Trusmadi yang berdiri megah terletak di Tambunan, Sabah dan merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu yang juga terletak di Sabah. Gunung Trusmadi mempunyai ketinggian setinggi 2,642 meter(8,669 kaki).
Gunung Trusmadi mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan, contohnyaNepenthes macrophylla.
PERJALANAN PENDAKIAN
            Pendakian gunung trusmadi mempunyai tiga(3) laluan (wayaan) iaitu wayan Wayaan Kaingaran (Tambunan): berjarak 4.9 km daripada titik mula ke puncak.Wayaan Mastan (Keningau): berjarak 4.3 km daripada titik mula ke puncakWayaan Mannan (Sinua, Sook): berjarak 11.3 km daripada titik mula ke puncak.
Pendakian menjadi lebih menarik kerana anda berpeluang menikmati keunikan spesies pokok periuk kera yang jarang ditemui di hutan lain iaitu Nepentheses Trusmadiansis.

 Anda juga bertuah kerana dapat melihat sekumpulan burung enggang yang juga sukar ditemui di hutan lain di negara ini.
Keindahan pokok bonsai di sekitar trek permatang pula akan menambat hati anda. Terasa hilang letih ketika mendaki. 

Dalam pendakian anda masih boleh berehat di Kem Taman Bunga dan menikmati keindahan persekitaran. Semakin hampir ke puncak, suhu menjadi semakin sejuk yang memerlukan anda membuat persediaan awal dengan baju tebal.

Bagaimanapun tidak ada hotel di puncak gunung ini, dan ia jelas tidak menjadi masalah kepada peminat yang sukakan pelancongan lasak seperti mendaki gunung ini.sebaik-baiknya anda boleh tidur dalam khemah yang didirikan sendiri atau beg tidur yang anda bawa bersama dalam persediaan awal.



Cuaca di puncak gunung memang sejuk dan keadaan menjadi lebih gawat kalau angin bertiup kencang membuatkan anda berada dalam keadaan kesejukan yang melampau.
Namun begitu, pengalaman tidur dalam khemah pada ketinggian melebihi 8,000 kaki sukar dilupakan. Tambah-tambah kalau angin bertiup kencang.Kejayaan menakluk puncak Kinabalu dan Trus Madi memang menyeronokkan kalau anda memang seorang yang sukakan pelancongan mencabar ini.


No comments:

Post a Comment