Tuesday 22 December 2015

Bunga Refflesia




Bunga Rafflesia mendapat nama bersempena penyelidik British, Stamford Raffles, yang juga orang  mula-mula merekod penemuannya. Ada bermacam-macam jenis varieti, tetapi tidak semua tumbuh di Malaysia.
Jika diteliti dan dikaji betul-betul, rafflesia bukan seperti bunga-bunga yang biasa kita lihat di taman. Ia lebih mirip kepada kulat parasitik. Memerlukan perumah untuk hidup dan menggunakan serangga sebagai agen debunga. Ia juga menghasilkan bauan yang busuk untuk menarik serangga-serangga itu menghampirinya. 

ramai yang tahu, bunga ini adalah bunga terbesar di dunia. Besarnya boleh mencapai kira-kira tiga kaki bagi varieti tertentu.Bersyukurlah bila negara kita di anugerahi dengan anugerah alam yang sangat berharga kerana tidak banyak negara yang mempunyai tumbuhan ini.

Rafflesia mampu hidup di dalam iklim jenis katulistiwa sahaja, sebab itu ia istimewa. Ia juga tidak tumbuh di merata tempat, hanya kawasan-kawasan tertentu di dalam hutan. Jumlahnya pun tidak banyak. Kalau di pusat penyelidikan Rafflesia Tambunan ini, mereka mengenal pasti setiap plot dan menjaganya agar tidak terganggu dan tercemar. Ada banyak plot, yang terdekat boleh berjalan kaki selama beberapa minit sahaja


Bayaran masuk





















Masa

Ia dibuka setiap hari dari pukul 8 am-5 pm.
Waktu lawatan plot hanyalah dari pukul 8-2 pm
Tetapi ada pengecualian untuk plot bunga yang dekat, iaitu sehingga pukul 4 pm.
Lawatan tidak dibenar dilakukan dalam cuaca hujan atau angin kencang

Alamat dan Contact

Jabatan Perhutanan Negeri Sabah
Pejabat Perhutanan Daerah Tambunan
Peti Surat 64, 89650, Tambunan
Tel : 088-899589
Fax: 088-899588

Tips-tips

Telefon dulu nombor di atas sebelum datang. Kalau main terjah dan hari datang itu tiada pula Rafflesia kembang, anda akan terasa membuang masa dan tenaga, jadi jangan salahkan  pusat itu yea..haha.. Walaupun ia bukan bunga bermusim, tetapi tidak setiap masa ada yang kembang. Pakailah pakaian yang sesuai untuk melawat. Jangan pakai baju kurung atau jubah yang meleret-leret dengan kasut tinggi, sebab ada plot yang dekat dan ada plot yang jauh. Kalau yang dekat, tak apa, kalau yang jauh tak terlarat nanti. Bawalah makanan dan minuman sendiri.


Pandangan Melalui Google Map


Kedudukan PPR & Plot Refflesia Di Tambunan







No comments:

Post a Comment