Sunday 27 December 2015

air Terjun Mahua

Air Terjun Mahua ini merupakan tarikan pelancongan sama ada dari luar atau dalam Daerah ini.Air Terjun Mahua ini terletak di Kampung Patau Tambunan antara Tambunan dan Ranau.
Air Terjun ini sanggat unik dengan bentuk alam yang semula jadi dengan air yang jernih, bersih, dan sejuk disebabkan hutan disekeliling air terjun belum diteroka dan sanggat sesuai dengan aktiviti mandi manda bersama keluarga atau kawan-kawan.
Suara unggas dan cengekirik amat mendamaikan dan pengunjung pasti dapat melupakan sejenak kesibukan tugas dan meredakan tekanan apabila melancong ke destinasi itu kerana ia adalah lokasi yang masih mengekalkan keaslian alam flora dan faunanya.
Air terjun Mahua ini berketinggian 17 meter dan kedalaman 1.2 meter selain sungai terbentang luas yang dingin dan disebabkan itu lah sesuai dengan aktiviti mandi manda






Arah Perjalanan & Masa Perjalanan
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke SubStesen Mahua Tambunan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Dari Tambunan ke SubStesen Mahua mengambil masa sekitar 1jam setengah. Manakala keningau ke SubStesen Mahua lebih kurang 2 jam.
Kemudahan
-Penginapan turut disediakan di kawasan substesen Mahua, Tambunan dengan kadar RM70/room dengan twin bed.
- kemudahan seperti: restoran, surau, tandas awam, asrama penginapan dengan kadar rm400 tiap satu, tempat seminar dan gazebo untuk BBQ dengan sewa rm30.
Aktiviti sesuai
-Sangat sesuai untuk aktiviti perkemahan, seminar, kursus, dan aktiviti riadah. Juga sesuai untuk acara private seperti majlis pertunangan, sambutan hari jadi, wedding photoshoot atau honeymoon
Keperluan Sebelum Berkunjung
-Dinasihatkan untuk membawa/memakai pakaian yang tebal kerana faktor cuaca yang sangat sejuk, terutamanya pada waktu subuh atau hujan.





No comments:

Post a Comment